Jumaat, 25 Januari 2013

Review Buku : Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu



assalamualaikum dan salam muhibbah





Tajuk : Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Kategori : Tarbiah Rohani/Motivasi/Catatan Pengembaraan
Ulasan:

Allahhuakbar. pertama kali saya terbaca pasal buku ni, kalau tak silap di Facebook atau Twitter Ustaz Hasrizal, yang menyatakan bahawa seorang ayah yang menyifatkan buku ini sebagai amat bermanfaat.  kemudian, seorang sahabat pula mengatakan bahawa buku ini amat membantu dan buat beliau rasa seperti mahu travel! wah. lalu gigih saya mencari buku ini untuk dijadikan bekal sebelum berangkat ke kota Jakarta tahun lepas. namun tiada rezeki, beberapa buah kedai, pesta buku dan tempat saya cari, masih menemui jalan buntu.  hingga akhirnya, di penghujung semester lalu, alhamdulillah akhirnya buku ini saya ketemu.

rupa-rupanya 'kesukaran' saya mendapatkan buku ini 'melambangkan' seperti payahnya kisah penulis yang dikongsikan di awal penceritaan buku ini.  secara keseluruhannya, buku ini merupakan perkongsian penulis mengenai pengalamannya mengembara di beberapa buah negara orang, bermula dari sebagai seorang pelajar, tunang, pendakwah, penceramah, imam, suami, dan ayah. namun penulis menyelitkan nilai, pengajaran dan ilmu bagi setiap kisah yang diceritakan. sungguh bersahaja dan mengesankan.

berani saya katakan, berkali-kali saya menangis sepanjang membaca buku ni. menyedari hebatnya kuasa dan percaturan Allah, membaca bagaimana pulangnya mahkluk Allah, sama ada pulang ke fitrah(REVERT to Islam), mahupun pulang ke Penciptanya.  sungguh hebat. dugaan demi dugaan yang saya kira, amat hebat peritnya jika diletakkan di bahu saya, namun penulis mengingatkan bahawa Allah itu sentiasa ada dan sesungguhnya hanya Dia sajalah yang selayaknya kita bergantung.

buku ini menyedarkan saya tentang fitrah kita selaku manusia, membuktikan bahawa Islam itu benar-benar addin dan bukan terletak pada solat dan mengaji semata-mata.  Islam itu syumul dan melengkapi setiap inci hidup kita.

bagaimana mampu saya ulas lagi, saya kira buku ini AMAT bermanfaat, benar seperti kata pembaca-pembaca yang sebelumnya.  sungguh saya mahu anda yang membaca ini turut sama mengutip ilmunya jika diberikan rezeki dan kesempatan.

terlalu banyak bahagian dalam buku ini yang amat menarik minat saya. mahu quote seperti tidak berdaya dan kurang adil rasanya, WALLAHHUALAM. tapi saya boleh menceritakan isinya jika anda tidak berkesempatan membacanya :D namun memandangkan ini hanya review, jadi saya tidak berniat menerangkan kesemuanya di sini.

moga-moga ilmu yang cuba disampaikan, benar-benar terkesan dan melekat di dalam jiwa dan hidup kita. amin.



"less hope is effective" ; Naima. alhamdulillah, i agree.